pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

KISAH SEPOHON EPAL..

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.

”Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.

”Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita.

Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita.

Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Renungkan bersama kisah ini dan sama2lah kita mengambil iktibar untuk lebih menghargai dan menyayangi kedua ibubapa kita…


TQ FOR NOORZAIHASRANI FOR THIS ARTICLE


raya pertama ...

Hari pertama raya :

Selamat hari raya…hari ni aq bangun awal…dah nme pn raya kan..kne la bangun awl..bersiap2 nak gi raya..oppppsssss….oleh krn aq still lgi dlm ‘mood cuty’..so aq xley la nak gi solat hari raya( bkn sengaje xnak gi solat raya yerk..hehe)..haa….dah chantek2 bersiap..ape lgi..tngkap gmba lerrr…lpas dah balik je abg2 ngn abah aq drp masjid,pew lgi..aq ngan akak aq pn menjalankan misi paksa memaksa tok tngkap gamba &bersalaman ngan parents aq ( utk makluman : abg2 aq ni mmng susa nak bergamba)..dah puas sesi pujuk memujuk,paksa memaksa & puas aq merepek ( dah mcm filem da aq ase)..diorg pn ok la..nak tangkap gamba bersama…hehe…ape lgi..aq dah malas nak menyulam ayat..tengok je la gamba ney..hihi

duit raya...msty dapat pnye...

ni la mak ngan abah kesayangan aq..

aq yg menyusukan alia..time ni alia baru 23 hari

family aq yg bahagia...

- Dah abes bergamba ktorg anak beranak pn terus pecut gi rmh tok ngan wan aq ( tok org kedah ‘tok’ tu gelaran bagi pmpuan & ‘wan’ tu gelaran bagi laki..harap maklum.)..raya pertama rmh aq ttup pintu..hehe..bkn anak kasi org dtg beraya..tpi sbb family den ni yg nak beraya kat rmh diorg..mne x nye,,rmh tok ngan wan aq dekat je..xsyok plak la an kalau family aq x gi sane..hehe..dah smpaii sna..cik yan aq sorang jew yg balik..makcik aq yg sorang lagi ngan pknjang aq baru nak otw bertolak lps solat raya..cian plak aq tngok kat cikyan aq ni dok membanting tulang kat dapur sorang2 kat dapur..almaklumla….ramai yg dtg nak makan lemang ngan ketupat kat rmh tok aq(mcm rmh sndry xwat ketupat – haha..jaat tol la aq ni..tetamu kne layan,setan2 yg setia nak menghasut aq suda dtg,almaklumla..dah terlepas dari penjara)..caittt..jahat pnye setan!!!aq tidak akan akur dengan hasutanmu!!hha..

- Lpas melepaskan letih kat rmh tok aq (ltih mkan ketupat bnyak sngat)..my family and I pn berolak la plak gi rmh tok aq 1 lagi kat tanjung pari(kpd sape2 yg xtau kampong ni katne…haaa…gi la tnye ikan pari..mesty dye tau..hihi)..waaa…pnye la jauh rmh tok aq ni…smpai tertido aq dalam keta tu..ZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzz….!!!siap mmpi2 agy..haaa..dah smpai tu..ape lgi MAKANNNNNNN!!!!!!...mcm berok jmpe makanan la perangai aq nih..mne nye xgemok..hihii…

- Ble dah malam..aq ingat nak trus balik rmh…rupanya..gi beraya lgi…kat rmh tok kak ipaq aq..huhu…oleh krn bkn aq yg drive sbb aq mmng xtau pn nak drive..aq follow je la mana diorg ni nak bawak aq….then MAKANNNN lgi….hehe

- Konklusinye raya pertama kerja aq makan jew….huhu…

the end...

(sambungan selepas ni..nak tido dulu.)


sheita daud dan nurul aziera zain nak cakap something...




siapakah dirimu yang sebenar,

.
.
.
.

siapakah yang kamu mainkan,

.
.
.
.

hatimu untuk siapa,

.
.
.
.

siapa lagi yang mahu kamu mahukan..

.
.
.
.

mulut kamu manis berkata - kata..

.
.
.
.

tapi semuanya dusta....

.
.
.
.

hati bukan untuk dipermainkan dan disakiti....

.
.
.


kerana "kami" sudah tahu sandiwara kamu..

.
.
.


biarlah rahsia!!!...........





wa.......lamenye aq x mengupdate blog ni...
sebenarnye aq agak malas nak taip panjang2 ney..
aq lebey suke bercakap dapi dok taip...tpi cmne la aq ley jadi s/u tok mpp ni an..
aq sepatutnye jadi dj radio kew,pembaca berita kew...hehe...

dah dekat2 nak abes pose ni...ni la first time agaknye aq berbuke ngan akak aq kat s.alam kat lua dengan abg Q a.k.a ABANG QAMARUL HAYAT NAZRI....
waaaa...excited giler aq...
dulu aq pernah gak jmpe abg Q ni...tapi dulu dye macam pendiam sket..aq xcakap sngat ngan dye..(tapi sbnarnye segan..)..tpi lpas dah knl tu..fuuhhhhhhh...abg Q ni ley wat aq pecah perot gak la...pandai jgk dye wat lawakkk...

alkisah tntang akak aq ni plak...sbuk nak g icty jeee....
eeeeee...poning den dengar ha,,,,icty..icty....
mane x nye..dye xpernah pergi icty..hmmmm...padan la exited ssngat an..huhu..
sesuda berbuke..aq pn bawak la dye ngan yg laen2 gi icty....haha..sumpah akak aq macam berok jmpe bunga...melompat sni..melompat sane...aq just jadi penolong yg sedia tok ketawa...
haha....

dah..malas nak tulis panjang..tengok je la gamba ney..


akak kesayangan aq degan pakwenye....abg Q..



aq ngan kawan akak aq yg agak sporting la jgk...



wahhhh...tibe2 aq plak ase mcm excited kat icty tu....tpi xde la kalahkan kegedikan akak aq tu..huahuahuahua..

cbe tengok akak aq tu????xsaba2 nak g icty smpai tnggl aq kat belakang ni ha....hegeh tol la...


haha...aq ase..aq yg paling tnggi kat cni...huhu....sukeeee...